gantung hello sunshine

Welcome to my Blog!


Ramadhan , Practical


First story pasal Ramadhan, pasal puasa
1st day puasa lagi dah banyak kerenah
Malas bangun sahur semua kat rumah ni. Semua liat nak bangun
Yang aku ni tengok bola dengan adik sampai pukul 3am. 
Pukul 3am takdapat tidur sampaila pukul 5am
dah takboleh nak tidur, terus bangun sahur tolong mama kat dapur.
sampai pukul 7am baru laa dapat tidur dengan nikmat 
tak cakap pulak pukul berapa aku bangun tidur. Dah macam orang gila aku tidur lama2 bulan puasa camni

Tahun ni aku tak rasa ada mood berpuasa atau nak beraya
Even family dah ada pun tak seronok. Kalau dah tak ada mood tu buat apa pun dah jadi tak happy
Orang2 kat twitter tweet pasal dahaga. Yang aku ni langsung tak rasa dahaga ke lapar.
1st lagi puasa anak beranak 5orang je kat rumah ni
yang adik dah kena balik kolej. Yang abah kena balik kampung ada masalah family nak kena uruskan.
Jadi.. bukak puasa 5orang je kat rumah. Jadi tak seronok walaupun ada mama and kakak2.

Esok baru hari isnin. Aku takboleh bayangkan hari selasa aku nak kena pegi daftar untuk practical kat Rtm.
Hari puasa pulak tu. Dengan naik komuter sampai Angkasapuri bagai nak kena jalan jejantas, nak kena jalan masuk dalam Rtm tu lagi
Penatnya kena bulan puasa practical .
Aku nak kata nak pegi practical ni, aku nak .
Tapi takut nak pegi sana, sebab tak kenal orang.
aku ni mudah awkward dengan orang. Malu tak bertempat.
Risaunya practical ni.
Dah pergi tengok tempat practical naik komuter
jejantas die seram! dengan tak ramai orang lalu lalang atas jejantas komuter tu.
Kena pulak balik malam memang gila la.

Harap lah practical kat Rtm nanti tak gagap.
kena selalu biasakan diri dengan orang tak kenal.


dah habis membebel. teet!