gantung hello sunshine

Welcome to my Blog!

Hi! I'm a practical students!




Too excited nak cerita ni kat korang .
praktikal ni sebenarnya tak ada la bosan sangat.
ada yang cakap pergi praktikal tak ada kerja.
aku pergi praktikal kat rtm macam2 kerja kena buat 
dan paling seronok dapat jumpa menteri 
macam2 tempat pergi shooting. Kat Putrajaya lah , kat Bukit Tunku lah, macam2 tempat!
yes, i get more experience working there!
sebelum ni takpernah jumpa menteri2, bila dah jumpa ni teruja tak terkata.
praktikal students yang lain ada jugak ikut penerbit pergi shooting, tapi tak selalu.
disebabkan aku ada camera dslr, so penerbit suruh ikut aku pergi shooting untuk buat backup video.
kalau korang tengok gambar kat bawah ni. Gambar2 ni lah yang aku shoot tu.


Ha! yang ni menteri sumber manusia. Dato' ni paling sporting! pandai die melawak. 
and yang paling penting crew2, pilot , dapat duit raya RM100. berbaloi. but we not expected dapat duit raya. rezeki bulan puasa katakan.. penerbit sendiri pun tak sangka dapat duit raya banyak macamtu dari menteri. sekali aku2 sekali dapat.. walaupun hanya sekadar pelajar LI ikut pegi shooting.


Ha ! yang kiri atas sekali tu, yang tu menteri kerja raya. Kiteorang pergi shooting kat pejabat die depan ASWARA. i didnt know where it is. Menteri ni lembut orangnya.. baik je, senyuman manis.. Ok ,kalau korang tengok kanan atas tu pulak ,tu gifts yang dapat dari menteri sumber manusia dengan menteri kewangan. pegi shooting dekat rumah menteri kewangan, dapat laa lagi dalam RM100. and die ada bagi kuih raya, sajaddah, kad raya dengan jemputan pegi open house kat rumah dia. sangat seronok dapat benda2 macamni ! Yang pakai baju biru tu yang sitting with the boys tu lah menteri kewangan. yang pegang baby girl tu , that 1 isteri die. cucu dia Ya Allah sangat cute! sangat comel! yang paling penting Datuk dengan isteri die sweet masa kiteorang shoot tu. 

Buat apa shoot menteri2 ni? kiteorang buat shooting ucapan raya sempena raya yang akan menjelang tiba. cewah ! menjelang tiba ! shooting ni tak ada laa ambik masa lama sangat . dalam 30minutes dah habis shoot untuk 1menteri.

 Ok. dah habis cerita pasal menteri. nak cerita pasal kawan2 pulak.
Penerbit dengan kawan2 kat RTM semua baik2! especially abang aliff, kak balqis, abang rosli yang banyak tolong kiteorang bagi contoh buat skrip semua. bagi tape untuk kiteorang preview. Mrs Chan pun banyak tolong jugak! Mrs Chan ada suruh aku buat montage documentary. Sebab die dengar2 cerita dari staff cakap aku ni budak belajar graphic. tu yang die suruh aku buat montage. tapi nak buat montage 30seconds ambil masa yang agak panjang nak buat. and sekarang aku baru buat 1scene , tema Flora dan Fauna. Hah ! buat jelah even susah nak mampus!

En.Hadi, boss kita... pun ada bagi kerja jugak. 1st day masuk praktikal die dah bagi kerja buat skrip documentary untuk tajuk El Nino. El Nino tu apa? El Nino tu tentang kemarau ,hujan lebat . 4kali proceed kena betulkan, senang cerita kena rejected, dan finally we gave up! tapi tak ada laa gave up selamanya. sentuh laa jugak ,teruskan buat research dan reseach sampai nak bagi betul skrip yang salah tu! 
Mengadap kerja skrip El Nino ni hari2 bosan tau . asik mengadap laptop buat reseach je.
Disebabkan kadang2 aku tak ada kerja, so ikut laa kawan2 yang lain pergi bilik editing, tengok dorang preview tape.
My teammate nama dorang Hana, Hazwan, Firdaus.
dorang ni sangat baik! tersangat baik ! suka bergurau! gurauan dorang tu hari2 buat aku gelak.
kalau sehari tak gelak dalam office dengan lawak dorang ni, tak sah ! ada je benda nak gelak even bagi dorang tak lawak ! 
kalau dengan penerbit abang aliff dengan abang rosli ni, selalu jugak buat lawak . 
Kalau dorang dua masuk dalam office, aku tengok muka dorang je dah rasa nak gelak .
Oh ya! nak cerita pasal teammate tadi . Yang Hana tu orang Alor Setaqqq. Setaqq gitu ! Die orang kedah, Firdaus pun orang kedah jugak but lupa die duduk mana.
And Hazwan pulak orang KL, duduk kat Sentul . 



Yang atas ni gambar Dewan Teatreatte kat RTM. pergi sini sebab preview hasil kerja penerbit Chiki Boom! Expresi Kembara , Doku Drama Muka Buku.
Dorang punya hasil kerja ,not bad. boleh tahan. walaupun buat offline editing je pun dah gempak! yang tukang kritik tu En.Ibrahim
memang die akan komen hasil kerja penerbit sebab tu tugas die.
masa pergi tengok hasil kerja dorang ni . En .Ibrahim ada mintak aku suruh komen hasil kerja dorang. Taktahu ape aku nak komen. Just comment good good good tu jee ! 


Yang atas ni pulak ruang legar RTM wisma TV. kalau nampak orang berkerumun tu, crew tengah buat shooting untuk program hari raya. Yang akak pakai baju purple tu die nyanyi lagu hari raya merdu sangat! aku perhati je dari atas sampai akak tu nak menyanyi malu! 
Dalam bangunan RTM wisma TV ni, cantik! banyak sangat TV . sana TV, sini TV. Senang kata, semua aras ada TV. Bahagian aku tu, unit Majalah dan Dokumentari. Kalau masuk office tu ada 3buah TV . mak kau!! Wisma TV kata kau, kena laa banyak TV!

Rasanya cerita dah habis. Dah panjang jela cerita aku ni.
Bye ! Aloha! Kaprungkap!
Kalau ada cerita menarik, i will update it soon! 




dah habis membebel. teet!