gantung hello sunshine

Welcome to my Blog!


I'm so happy!


Nope, bukan nak cerita pasal raya.
nak cerita pasal officemates and producer @RTM Angkasapuri

Selasa 22 July-
Hari selasa ni jumpa kak aida untuk nak tanya pasal kerja
pastu die bawak laa aku pergi bilik editing online
tengok online editing expresi kembara redah raya.
masa tengah tengok, tiba2 abang amer tanye "awak ikut tak?"
yang aku pelik, tiba2 tanya aku ikut ke tak. 
rupanya dorang nak buat penyampaian hadiah untuk pemenang para artis yang joining program xpresi kembara redah raya tu
and aku tanya kak aida "akak, yang penyampaian hadiah ni buat katmana? dekat dewan ke?"
her: dekat Redbox Sogo
me: serious laa kak .kak, saya pakai baju kurung, takkan nak masuk Redbox. 
her: laa, serious laa ni.alah, ramai pakai baju kurung
dah habis borak dengan kak aida, sambung balik tengok online editing tu
tunggu laa sampai pukul 6.30
aku terus naik office atas ambik bag, punch card
sebab takut kena tinggal kalau lambat.
pukul 6.40 baru gerak nak pegi Sogo 
jalan nak pegi Bangsar masa tu jammed gila!
dalam kereta abang amer sibuk skype dengan artis 
yang aku senyap jee
abang amir: sha, kenapa senyap je?
kak aida: eh ,sha ada ke? ingat tertinggal tak naik kereta tadi
me: (laughhing)
kelakar laa dorang ni! suka nak kenakan aku.
jalan jammed pun, tapi kiteorang sampai Sogo awal sebelum berbuka
masa nak naik lif, terserempak dengan Asfan, penyanyi "Alasan untuk bahagia" and terserempak dengan kumpulan Sofazr.
aku ni pandai menyanyi lagu dorang ,tapi tak kenal 
abang amer dengan kak aida pun borak2 laa dengan dorang depan lif
yang aku senyap macam cengkerik sebab tak kenal
dah naik level 8,dah sampai Redbox.
terus masuk vip room, kak Indah yang Akademi Fantasi 2013 tu pulak datang kat kak aida.
terus cium ,salam ,peluk
pastu die datang kat aku, salam ,cium pipi
aku pun dalam hati cakap "die ni sape, retis ke?"
yelah, terkejut kot datang2 tiba2 datang laga pipi.
rupanya artis. Aku ni artis malaysia tak kenal, selalu menyanyi lagu omputih
semua dah sampai dalam vip room, cuma tunggu Diva TV1 tu. 
dah masuk waktu, terus pegi ambik buffet
yang artis2 ni menyanyi laa dulu dalam vip room.
dorang ni serious kelakar. and yes actually mereka ni sangat sporting


Tadaaaa! ni laa dorang. Yang pakai baju hitam handsome2 tu Asfan. Asfan tu laa yang suka buat lawak, bising gila. lol!
penyampaian hadiah ni sebenarnya untuk rancangan Xpresi Kembara Redah Raya yang akan ditayangkan di TV2 pukul 10:30 pagi, hari raya ke-2. Rancangan tu penerbit buat konsep running man. Memang overall best! Artis pun not bad laa, kesemua ok. Masa dorang buat shooting tu,tak umumkan pemenang dan belum bagi hadiah. Pegi Redbox Sogo ni lah tujuannya nak umumkan pemenang
kaya laa dorang yang dapat tempat per-1 tu dapat RM4000, cash okay!

Ada sorang artis ni dari kumpulan Sofazr die pergi Sogo and balik Sogo naik LRT
aku balik sekali dengan die.
and dalam lift, aku tanye laa "abang naik kereta ke ape?"
him: abang naik LRT
me: serious ke?
him: ha'a . abang malas nak naik kereta ,jalan jammed
Ok ,jarang aku nak nampak artis naik LRT . lol!
last2 balik aku terserempak dengan dia sebab aku lalu LRT nak pegi KTM

hari khamis 24 July-
patutnya kena pergi Putrajaya ada shooting menteri
abang aliff suruh aku ikut, dah set day sebelum pergi 
lepastu kena cancelled sebab abang amer tiba2 panggil ajak pegi bilik mixing audio
padehal dah cakap free hari khamis kat abang aliff, terpaksa cancelled shooting tu dengan abang aliff
producer ramai yang dah cuti, kelangkabut producer yang lain buat kerja itu ini
dorang sibuk waktu sekarang sebab buat program raya.
semua penerbit program sibuk dengan kerja2 dorang
but Alhamdulillah kerja tu dah settled in 1day.
aku tanya kak aida jumaat ada kerja lagi ke tak, dia cakap tak ada kerja, dah boleh cuti. so, aku amik cuti hari jumaat.

sebelum hari khamis, dah janji dengan officemates yang LI ajak pergi berbuka sama.
sebelum balik rumah, berbuka dengan dorang ni kat Midvalley.
cakap nak pergi Kl Central, last2 makan Kfc dalam Midvalley je sebab Hazwan kempunan Kfc
yang aku ni cakap dengan dorang mengidam Starbucks, Auntie Anne, Big Apple, Sizzling
sampai sana, beli kfc. Sebelum berbuka, pergi merayap depan Kfc. jumpa Big Apple terus beli
mengidam katanya, beli laa sebab nak puaskan perut ni
mengalahkan orang mengandung! 
hasrat nak beli Auntie Anne terus tak jadi lepas tengok donuts Big Apple sedap2 belaka!
so, i bought 6pieces.


Ha, ambik ! beli sekali 6ketul donuts. puas selera mengidam! 
 sampai kena cream kat kotak naik KTM sumbat2 barang dalam plastic Big Apple tu. 
hasrat aku nak beli Auntie Anne terus tak jadi lepas tengok Big Apple Donuts yang sedap2 ni!


Ni laa officemates aku,budak2 LI. Hazwan, Firdaus, Hana
dorang ni baik, dan paling penting kuat menganjing
tu yang seronoknya ada kawan macamni . 
Hari2 pegi office gelak dengan perangai dorang.
Licin meja, makan habis!

Masa berbuka dengan Hazwan dengan Firdaus ni, aku dengan Hana berbuka dalam Jusco sebab lambat.
pegi watsons laa, pegi Big Apple laa, pegi Jusco laa . 
sebab Hana nak cari buah punya pasal, pegi laa Jusco untuk memenuhi impian Hana. lol!
aku mengidam Starbucks, Auntie Anne. Pastu Hazwan tersasul cakap nak "Yogart" masa dalam office sebelum pergi Midvalley
sampai dalam Kfc, aku dengan Hana bahan2 die "Yogart".
sebenarnya dia nak cakap "yogurt". kan dah kena. 



Nasihat saya 
"Berkawan biar beribu, musuh biar 1"
Bye! Aloha! Kaprungkap!
sincerely, SyafiqahSaad
 

dah habis membebel. teet!